AMIR AZHAR ZAINOL. PEMINAT RATU CANTIK NO.1 MALAYSIA YANG LOW PROFILE.

Mesti para pembaca blog saya banyak lihat saya letak nama AMET's Pelangi Beach Resort Langkawi di kebanyakan bahagian bawah gambar dan keratan akhbar lama di blog ini. Beliau adalah Amir Azhar Zainol. Saya boleh katakan beliau adalah peminat ratu cantik no.1 di Malaysia. 

AMET yang sentiasa kelihatan muda walau pun usia beliau hampir menjangkau setengah abad.

Koleksi keratan akhbar ratu cantik beliau melangkaui lebih 100 buku scrap yang telah di susun mengikut pertandingan seperti Miss Universe, Miss Malaysia Universe, Miss World, Miss Malaysia serta pelbagai pertandingan lain mengikut tahun.

Antara koleksi buku scrap pelbagai kategori ratu cantik yang terdapat dalam koleksi beliau.

Koleksi tiara dan mahkota ratu cantik sahaja melebihi 50 buah.
Amet menunjukan sebahagian koleksi tiara dan mahkota di rumah beliau.

buku dan majalah ratu cantik beliau sahaja sudah melebihi kuantiti 200 buah,
Amet bersama sebahagian kecil koleksi majalah ratu cantik beliau.

dan yang paling menarik, semua bahagian dinding ruang tamu rumah beliau penuh ditampal dengan gambar pelbagai ratu cantik seluruh dunia yang indah dibingkaikan. 

Cuba lihat betapa banyaknya frame gambar ratu di sini. sebelah kiri adalah Miss Universe wall dan Miss Malaysia Universe dan Miss Malaysia World Wall di sebelah kanan. Nampak frame Elaine Daly di sini?, paling besar of them all.

Cuma masalah beliau, brader yang saya panggil Amet ini sangat sibuk dengan kerja harian serta tidak ada masa untuk mempromosikan koleksi beliau di khalayak ramai. Hobi beliau ini hanya diketahui oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja serta beberapa ratu cantik yang pernah berkunjung ke Langkawi.

Saya berkesempatan menemu bual Amet semasa lawatan beliau ke Singapura di Hotel Meritus Mandarin Orchard Road awal bulan ini. Ikuti wawancara menarik beliau bersama.

P:  Siapa sebenarnya Amet?. boleh cerita serba sedikit latar belakang Amet?
A: Nama penuh saya Amir Azhar, berasal dari Alor Setar, Kedah. Saya anak sulung dalam keluarga saya.

P: Saya sendiri selalu berkunjung ke rumah Amet yang selalu saya gelar Galeri/Muzium ratu catik, bagaimana boleh bermula minat kepada hobi yang unik ini?
A: Semasa di sekolah rendah, cikgu menyuruh semua di kelas saya membawa bahan yang berkaitan dengan hobi masing-masing. Saya yang ketandusan idea apa yang minat. Kebetulan saya ternampak gambar-gambar ratu cantik dimajalah yang ada di rumah saya. Saya kemudian memotong banyak gambar-gambar tersebut dan membawanya ke sekolah. Bermula dari situ, minat saya kepada ratu cantik atau apa sahaja yang berkaitan dengan ratu cantik, terus berkembang.

P: Saya lihat sangat banyak koleksi gambar di dalam frame di rumah Amet, boleh agak berapa banyak Amet melabur membeli frame-frame gambar tersebut?
A: Saya memang tak membilang sangat berapa banyak saya berhabisan membeli bingkai gambar, tetapi jika saya campur termasuk bingkai-bingkai yang rosak serta yang ada tergantung di rumah saya, boleh kata dekat RM10,000 juga. Itu belum lagi dikira kos gam pelekat kerana untuk melekatkan bingkai yang berat di dinding rumah, saya memerlukan gam khas yang kosnya memang mahal.

Cuba lihat betapa banyak binkai gambar di belakang beliau. Ini baru sebahagian kecil dari koleksi beliau tau...

P: Buku scrap juga sangat banyak, bila agaknye Amet menampal habis keratan akhbar serta gambar yang berkaitan?
A: proses menampal gambar memang memerlukan dedikasi serta fokus kerana kalu tidak ada motivasi, memang akan terhenti setengan jalan. Walau pun sibuk bekerja, saya akan menggunting serta menampal segala bahan selepas balik dari kerja tak kira malam atau pun pagi. Kadangkala tak tidur sampai ke pagi semata-mata untuk memenuhkan buku koleksi saya.

P: Saya lihat sangat banyak keratan akhbar yang Amet kumpul, Amet dapat dari mana semua keratan akhbar tersebut?.
A: selain daripada akhbar tempatan saya juga mempunyai rakan-rakan dan juga beberapa guests yang mengenali saya yang menghantar segala keratan akhbar mengenai ratu cantik dalam dan luar negara. Sesuatu yang paling menarik ialah, saya sanggup selongkar tong sampah jika saya tahu di dalamnya ada bahan ratu cantik yang dibuang!

P: Amet tidak teringin buat website sendiri supaya koleksi Amet dapat dikongsi bersama peminat-peminat ratu cantik lain di serata dunia?
A: Saya memang ada rancangan untuk membina website sendiri tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk berada di hadapan komputer. Bekerja dalam industri perhotelan macam saya memang memerlukan 80 peratus masa di tempat kerja. Tetapi boleh juga saya katakan saya memang selesa seperti sekarang yang agak low profile. Saya yakin, dari masa ke semasa, akan ramai lagi orang luar akan tahu tentang koleksi serta hobi saya yang unik ini. Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan serta keluarga saya yang amat memahami serta sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan hobi saya.

P: Amet pernah menonton pertandingan ratu cantik secara live?
A: Saya pernah menonton Miss Universe 2008 di Nha Trang, Vietnam, Miss Malaysia Universe 1997 di Kuala Lumpur serta Miss Tourism International 1994 yang diadakan di Langkawi. Saya juga berkesempatan dijemput menjadi salah seorang juri subtitle dalam pertandingan Miss Tourism International pada tahun 1999.

P: Saya dapat tahu ada beberapa ratu cantik tempatan yang sudah menandatangani koleksi Amet?.
A: Ya, Datuk anna Lim, Erra Fazira, Elaine Daly adalah antara ratu cantik yang pernah melihat serta signed koleksi buku gambar saya, dan saya memang berharap akan ramai lagi ratu cantik lain akan melihat sendiri koleksi gambar mereka di galeri saya.

P: Apakah pendapat Amet mengenai situasi ratu cantik di Malaysia pada masa ini?
A: Buat masa ini memang nampak perubahan. Dengan adanye facebook, baru la kita tahu ramai sebenarnya peminat ratu canyik tempatan yang menyokong. Tetapi kalau dari segi pencapaian, memang sedih kerana negara kita tidak pernah memenangi gelaran besar seperti Miss World atau Miss Universe, even gelaran kecil antarabangsa pun rasanya macam tak ada sudah agak lama. 

P: Pesanan kepada peminat ratu cantik di luar sana?
A: Kepada mereka di luar sana yang mempunyai hobi seperti saya, sayangi hobi anda kerana hobi ini sangat "beautiful". Jangan minat separuh jalan kerana hobi seperti ini akan membuka jalan kepada kita untuk berkenalan dengan lebih ramai kawan serta ratu-ratu cantik yang kita minat!.

P: Akhir kata, semoga enjoy dengan Singapore holiday ya...
A: Terima kasih. Saya memang suka berkunjung ke Singapura kerana pengangkutan awam di sini yang sangat sistematik serta keselamatan kita terjamin untuk berjalan di mana sahaja di Singapura ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada PAGEANTIsland kerana sudi mewawancara saya, semoga sukses kepada PAGEANTIsland, PAGEANTIsland sememangnya no.1 dan best!.

Mari kita lihat bahagian-bahagian lain galeri ratu cantik AMET.

Bahagian ruang tamu galeri beliau yang sangat cozy.

Miss Universe Wall.

Miss World Wall.

Miss America dan Miss USA Wall di sebelah kiri gambar.

Beliau menyimpan replika Miss Universe dan Miss World crown di dalam kotak kaca!. Piala berwarna perak tersebut adalah cenderahati untuk beliau sebagai juri salah satu Miss Tourism International 1999 sub title.

Toilet galeri beliau juga dipenuhi gambar pemenang ratu cantik antarabangsa!.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat lebih dekat koleksi beliau atau berminat melawat the one and only galeri ratu cantik yang ada di Malaysia ini, sila datang ke Pantai Cenang (hanya 5 minit berjalan kaki dari pantai utama di Pantai Cenang) atau boleh menghubungi Amet melalui email di ameet_pageants@yahoo.com atau yus1977@hotmail.com untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment