Fakta Menarik Pertandingan Ratu Cantik Asia (Miss Asia Pageant Interesting Facts).

  • Angela Filmer Ratu Cantik Malaysia adalah pemenang pertama, belaiu telah dimahkotakan oleh Imelda Marcos!.
  • Miss Vietnam Asia Quest 1965 dikecam oleh pihak media Vietnam mengatakan beliau tidak layak mewakili Vietnam kerana tidak cantik serta muka beliau berbentuk petak dan bukan bujur seperti kebanyakan wanita Vietnam. Setelah memenangi tempat ketiga, beliau disanjung oleh rakyat Vietnam.
  • Pada tahun 1968, Ratu Malaysia Maznah Mohd Ali tidak diterima oleh pihak penganjur di Filipina kerana pada masa itu, kerajaan Filipina berperang dingin dengan kerajaan Malaysia atas isu tuntutan ke atas Sabah olehFilipina.
  • Malaysia menebus kehampaan pada 1969 apabila Ratu N. Sembilan Sandra Von Geyzel memenangi tempat ketiga dan Ratu Fotogenik. Beliau terus menelefon keluarga beliau pada lewat malam memaklumkan berita gembira.
  • Pada 1970, Ratu Taiwan Linda Lee menarik diri semasa pertandingan berlangsung kerana ingin berkahwin dengan lelaki yang baru sahaja beliau temui semasa berada di Filipina!.
  • Miss Asia Quest 1971 telah dimenangi oleh peserta terpendek iaitu Ratu Guam.
  • Miss Asia Quest 1972 mendapat bantahan penduduk Filipina mengatakan pertandingan ini adalah untuk menutup kemiskinan tegar yang dialami oleh sebahagian besar penduduk di negara itu.
  • Pada 1973, peserta Hong Kong telah dituduh melakukan perkara tidak bermoral semasa pertandingan berlangsung. Selepas habis bertanding, beliau pun berkahwin dengan lelaki Filipina dan terus tinggal di negara itu.
  • Ratu Singapura Jaqueline Stuart yang juga pemenang edisi 1976 digelar Miss Glamorous!. Beliau juga dikatakan membawa "goodluck mascot" sepanjang minggu pertandingan. Beliau juga mendapat jolokan "kiti-kiti" dan "calig" oleh penduduk tempatan Filipina.
  • Malaysian Airline System (MAS) telah menjadi penaja utama Miss Asia Quest 1978.
  • Malaysia memenangi anugerah pakaian terbaik selama dua tahun berturut-turut iaiti pada tahun 1979 dan 1980.

No comments:

Post a Comment