Miss Tourism Intercontinental 2010 Contestants Have Arrived.photos n related news.


Peserta Ratu Cantik Pelancongan Antara Benua 2010 mula tiba


MIRI: Peserta-peserta untuk pertandingan ratu cantik – Ratu Pelancongan Antara Benua (Miss Tourism Intercontinental) 2010 melibatkan 33 gadis dari enam benua mula tiba di sini semalam.
RUPAWAN: Sebahagian para peserta Ratu Pelancongan Antara Benua 2010 menggayakan busana negara masing-masing semasa prebiu di Miri, semalam.
RUPAWAN: Sebahagian para peserta Ratu Pelancongan Antara Benua 2010 menggayakan busana negara masing-masing semasa prebiu di Miri, semalam.
Seramai 29 peserta benua Amerika, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Ausenia telah selamat tiba di sini dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk mereka.
Pengerusi penganjur, Alaric Soh memberitahu, empat peserta, iaitu dari Tunisia, Georgia, Russia dan Ethiopia tiba hari ini dan esok (7 dan 8 Mei).
“Keempat-empat mereka ini telah tertinggal penerbangan tetapi tetap akan datang ke Miri.
“Bagaimanapun lima peserta lain, iaitu dari negara Vietnam, Indonesia, Hungary, Romania dan Slovakia tidak menyertai pertandingan tahun ini,” katanya.
Antara faktor lain yang menghalang peserta lain datang ialah kejadian gunung berapi di Iceland, “ jelasnya.
Malaysia akan diwakili oleh Darcia Marselynna dari Miri yang telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan      Miss Borneo Beautiful pada  tahun lalu.
Darcia, 20 mempunyai ketinggian 167 sm dan merupakan kacukan Melayu dan Cina.
Peserta lain ialah dari Australia, Ukraine, Azerbaijan, Belarus, Brazil, China, Estonia, Pakistan, Jerman, Greece, India, Jepun, Latvia, Lubnan, Macau, Mexico, Netherlands, New Zealand, Panama, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat, Venezuela, Hong Kong dan Taiwan.
Bermula hari ini semua peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti di sini, Bintulu dan Sibu sebelum pertandingan akhir pada 20 Mei bermula jam 7.30 malam di Stadium Tertutup Miri.
Di Miri, mereka akan di-bawa ke Pusat Khazanah Miri, rumah panjang Johnson, Kuala Sibuti, bandar baru Permyjaya, pusat jagaan harian Sunflower, Pusat Dialisis Buah Pinggang, Tamu Muhibbah, kompleks membeli-belah, festival muzik Jazz dan Eastwood Valley Golf and Country Club.
Di Bintulu (9 dan 10 Mei), mereka akan mengunjungi pantai Tanjung Batu, Taman Tumbina, pasar tamu sementara di Sibu  (11, 12 , 13 Mei) dan mereka akan dibawa ke tokong Cina, mengikuti perarakan dan majlis makan malam.

NYAU BEBAJIK: 33 iku bala kumang dunya ke bisi enggau masuk pekit pemajik Miss Tourism International Intercontinental 2010 ke ngena ngepan menua diri empu, begambar begulai enggau Alaric, Lawrence (tujuh enggau lapan ari kiba), Marcel (sepuluh kiba) sereta bala komiti pengatur pengawa tu ke bukai di Miri kemari.
Ini merupakan peraduan ratu cantik kedua anjuran Alaric’s Production Company dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) sempena sambutan Hari Bandaraya Miri.  Aktiviti pertama telah diadakan pada 2005.
Dalam pada itu, majlis sesi perkenalan 29 peserta peraduan ini telah diadakan di Marriot Resort and Spa (MMRS) petang semalam.
Ia turut dihadiri oleh Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai dan pengurus besar MMRS, Marcel Hinderer.

No comments:

Post a Comment