Kisah Laura Yap Fui Kheng. Finalis Ratu Cantik Malaysia Dunia 1977.

*taken from many old newspaper articles.

Beliau adalah pemenang ketiga Ratu Malaysia/Dunia edisi 1977 di belakang Christine Mary Lim dan Noraini Yaacob. Beliau yang pernah bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher oleh ibu beliau yang baru balik dari pasar pagi di hadapan rumah beliau di Jalan 14/24, Petaling Jaya. Beliau dikatakan mati pada pukul 11.30 pagi dengan tali jerutan masih berada di leher beliau.

Menurut pegawai polis yang menyiasat perkara ini mengatakan Laura mungkin melawan penyerang yang mahu mencabul kehormatan beliau. Polis juga menolak kemungkinan perkara ini bermotif rompakan kerana tiada barang hilang di rumah berkenaan. Menurut keluarga Laura, penyerang mungkin berlagak sebagai mekanik dan dibenarkan masuk dengan alasan untuk membaiki alat penghawa dingin kerana alat tersebut telah rosak. Walau bagaimanapun alat penghawa dingin itu sebaliknya telah dirosakkan oleh penyerang.

Laura juga mungkin bergelut dengan penyerang kerana perabot di ruang hadapan rumah berterabur. Jiran sekitar rumah ada mendengar jeritan seorang wanita tetapi tidak mahu mencampuri urusan rumah orang lain kerana ia mungkin masalah dalaman. Kemudian mereka nampak seorang lelaki tergesa-gesa keluar dari kawasan rumah itu dan menaiki sebuah motorsikal.

Menurut bapa beliau, kawasan perumahan di situ semakin bahaya dengan banyak kes rompakan, kecurian serta penagihan dadah. Beliau sendiri melihat seorang lelaki mundar-mandir dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah beliau pada hari sebelum kejadian. Laura Yap yang mewakili Pahang semasa pertandingan ratu Malaysia disifatkan oleh rakan-rakan beliau sebagai seorang yang penyayang, berfikiran terbuka serta peramah. Semoga penyerang beliau tidak hidup dengan aman supaya Laura bersemadi dengan tenang.

No comments:

Post a Comment