Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1992
Pertandingan kali ini diadakan pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur. Naga DDB Needham Dik sebagai pemegang lesen serta D’touch Promotions merupakan penganjur bersama acara. Polignac mengekalkan kedudukan sebagai penaja utama dan Fuji Film adalah penaja bersama. Para penaja rasmi yang lain adalah Pelco (leather goods), Voir (Casual wear), Lady Like (jeans wear), Asia Overland Services (pengankutan rasmi), VO5 (produk jagaan rambut), D’Orland (barang kemas), Thomas & Guys (dandanan rambut), Gucci Parfums), Enicar Swiss Watch, Ocean Mineral Water, Kose Cosmetics, Triumph Swimwear, Fairlady Gown & Photographer dan Airlines Eyewear.
Pertandingan peringkat-peringkat negeri telah dibuat lebih awal antara Mac dan Julai. Dalam pada itu seramai empat belas peserta akhir telah dipilih antaranya ialah Priscilla Ku (19 tahun) dan Melissa Choi (25 tahun) mewakili Melaka, Jojo Tan (19 tahun) dan Cecilia Lim (25 tahun) mewakili Johor, Lam Woon Nee (20 tahun) mewakili Perak, Fazira Wan Chek (18 tahun) dan Cecilia Leong (21 tahun) mewakili Kuala Lumpur, Liew Foo Fon (18 tahun) dan Sandra Catherine Gripes (19 tahun) yang mewakili Sarawak, May Yeoh (19 tahun), Cynthia Ong (18 tahun) dan dan Chew Sing Yee (21 tahun) mewakili Pulau Pinang, Tina Chia (25 tahun mewakili Sabah dan Wennie Chia (23 tahun) mewakili Selangor.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu RM6000 bagi pemenang pertama, RM3000 untuk pemenang kedua, RM2000 untuk pemenang ketiga dan RM1000 untuk pemenang keempat. Selain itu mereka juga memenangi hadiah sumbangan pihak penaja seperti set kosmetok Kose, trofi, minyak wangi, pakaian kasual dan gaun, jam tangan, produk Polignac, cermin mata, produk jagaan rambut VO5, produk kulit Pelco dan khidmat dandanan rambut oleh Thomas & Guys. Ratu Cantik Malaysia juga memenangi tiket penerbangan pergi balik beserta penginapan ke Afrika Selatan dan mewakili negara dalam pertandingan Miss World 1992 yang berlangsung pada 14 Disember 1992 di Sun City Resort, Afrika Selatan.
Pertandingan Miss Elegant yang telah diadakan lebih awal di Disko Vodoo Jalan Ampang. Ia telah dimenangi oleh Sandra Catherine Gripes yang mewakili Sarawak. Beliau memenangi RM500 tunai, selempang serta produk Polignac. Beliau juga memenangi gelaran Miss Enicar. Pertandingan Miss Physique pula dimenangi oleh Fazira Wan Chek yang mewakili Kuala Lumpur. Beliau juga mendapat RM500 tunai dan selempang. Selain itu beliau yang berketinggian 168cm ini juga memenangi Miss Fotogenic dan Miss Voir. Miss Airline Sophisticated dimenangi oleh Lam Woon Nee dari Perak manakala Chia Woo Yee dari Selangor memenangi pakaian tradisional terbaik.
Fazira Wan Chek juga berjaya memenangi gelaran utama Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1992. Beliau yang merupakan peserta tunggal Melayu mengalahkan Jojo Tan dari Johor di tempat kedua dan Cecilia Lim serta Cyhthia Ong di tempat ketiga dan keempat. Beliau telah dimahkotakan oleh Samantha Schubert, Ratu Malaysia 1991. Peserta Melayu terakhir yang memenangi gelaran ini ialah Puteh Naziadin dari Perak pada 1976.
Antara yang hadir ialah Dato Dr. Ling Liong Sik (Menteri Pengangkutan) dan Dato’ Lim Ah Lek (Menteri Tenaga Manusia). Menteri Pelancongan iaitu Dato’ Sabaruddin Chik dan Yasmin Yusoff adalah antara juri pertandingan manakala Ratu Cantik Filipina iaitu Gemith G. Gemparo merupakan undangan khas pertandingan.
Pertandingan kali ini menyaksikan pusingan pakaian renang dipertandingkan buat kali pertama selepas lebih kurang dua puluh tahun tidak diadakan. Para peserta juga berkasi dalam pakaian pakaian kebangsaan dan gaun petang. Ratu Malaysia yang baru kemudiannya mewakili pihak penganjur menyampaikan cek bernilai RM160,000 untuk disumbangkan kepada Tabung Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur kepada pengerusi tabung iaitu Dato’ Seri Dr.Ling Liong Sik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment