Ulasan Ringkas Pertandingan Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1993.

Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1993

Acara yang juga dianjurkan oleh D’touch Promotions tahun ini diadakan di Dewan Mahkota Hotel Istana pada 15 Ogos 1993. Pada kali ini, pemenang utama memenangi wang tunai RM20,000! serta sebuah jam tangan Christian Dior bernilai RM20,000. Beliau juga akan diberi biasiswa meneruskan pelajaran dalam kursus pilihan sendiri serta berlakon dalam drama terbitan HVD. Sebanyak sembilan gelaran sampingan juga telah diadakan sebelum pertandingan akhir bermula iaitu Miss Photogenic, Miss Physique, Miss elegant, Miss Christian dior, Miss Crowning Glory, Miss Kose, Miss Body Beautiful, Miss Eyewear Beauty dan Miss Traditional Costume.

Seramai 19 peserta yang mewakili negeri masing-masing mengambil bahagian kali ini. Antara yang bertandinga ialah Chew Sing Yee, 21 tahun, 165cm, mewakili Kedah, Jossener Teh, 165cm, 23 tahun dan Chellene Ng, 20 tahun, mewakili Pulau Pinang, Vanidah Imran, 20 tahun dan Linda Marcia Joseph, 18 tahun, mewakili Kuala Lumpur, Jacqueline Ngu, 167cm, 23 tahun, mewakili Sarawak, Sylvia Sandralisa, 18 tahun dan Lily Chau, 21 tahun, mewakili Sabah, Michelle Zurita Zahri, 21 tahun dan Fennie Lai, 20 tahun, mewakili Kuala Lumpur dan Christine Agnes Ratnam, 167cm, 21 tahun dan Belinda Gail Martin yang mewakili Negeri Sembilan, Lilian Lem dari Johor dan juga Vanaja Subramaniam.

Empat gelaran sampingan telah dimenangi lebih awal oleh Chellene Ng (Miss Crowning Glory), Lilian Lem (Miss eyewear Beauty), Jacqueline Ngu (Miss Kose), dan Chew Sing Yee (Miss Body Beautiful). Chellene memenangi selempang dan wang tunai RM300, Lilian Lem pula menerima selempang, trofi, cermin mata serta baucer bernilai RM200, Jacqueline pula mendapat set kosmetik Kose, RM300 tunai, selempang dan trofi manakala Chew Sing Yee memenangi trofi, selempang dan hadiah bernilai RM250.

Penganjur pula mengadakan pertandingan mencari wajah fotogenik peserta di kompleks beli belah Sungai Wang Plaza pada 14 Ogos 1993. Pertandingan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk para pemenang termasuklah sepuluh gulung filem jenama Fuji. Peserta dari Kuala Lumpur iaitu Vanidah Imran berjaya memenangi gelaran Ratu Fotogenik dan beliau menerima selempang, trofi dan juga barangan Fuji Film. Dalam pada itu, Lily Chau dari Sabah pula memenangi Miss Polignac Elegant dan beliau memenangi selempang, trofi, RM500 dan Polignac XO sumbangan Polignac. Jossener The pula memenangi Miss Christian Dior dan beliau memenangi selempang, trofi serta jam tangan mewah 18k Haure Sublime bernilai RM17,100. Pakaian Tradisional Terbaik pula dimenangi oleh Linda Marcia Joseph dari Kuala Lumpur manakala Miss Physique pula dimenangi oleh Lim Lay Mean dari Kedah.

Gelaran Ratu Malaysia/Dunia 1993 jatuh kepada Jacqueline Ngu dari Sarawak. Beliau mengalahkan Vanidah Imran di tempat kedua, Chew Sing Yee di tempat ketiga dan Jossener Teh ditempat keempat. Selain hadiah wang tunai, mereka semua memenangi pelbagai hadiah pihak penaja seperti khidmat dandanan rambut percuma, kursus sosial dan etika awam, trofi, selempang, cermin mata, set kosmetik Kose, baju renang Waveline, barangan jagaan rambut Pro-Trim dan pelbagai hadiah lain. Jacqueline pula akan mewakili negara dalam pertandingan Miss World 1993 di Sun City, Johannesburg, Afrika Selatan pada bulan November dan menerima tiket pergi balik ke London dan Afrika Selatan beserta penginapan.

Pada pertandingan akhir itu, para peserta berkasi dalam pakaian kebangsaan, pakaian renang dan gaun petang untuk sesi soal jawab. Ratu tahun yang lalu iaitu Fazira Wan Chek hadir memahkotakan pemenang manakala kutipan jualan tiket kali ini didermakan kepada Langkawi Project (RM200,000) dan Polignac ChildrenTrust Fund bagi membantu kanak-kanak kurang upaya di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment