Ulasan Ringkas Pertandingan Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1996

Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1996

Untuk acara tahun ini, penganjur baru telah dipilih iaitu Orson Wong. Mahkota baru juga diperkenalkan untuk digunakan oleh ratu yang baru. Tiara yang direka oleh Bernard Chandran itu bernilai RM6900 dan memnpunyai susunan batu delima merah dan juga berlian. Mulai tahun ini juga syarikat pengeluar ubat batuk terkenal Hong Kong iaitu Nin Jiom Pei Pa Koa merupakan penaja utama pertandingan menggantikan Polignac. Polignac masih melibatkan diri dalam pertandingan kali ini tetapi sebagai penaja rasmi.

Banyak pertandingan peringkat negeri telah memilih wakil mereka seperti Kuala Lumpur dan Selangor yang memilih wakil mereka pada 5 Julai 1996. Majlis yang diadakan secara bersama ini menyaksikan Qu-An How Cheok Kuan memenangi gelaran untuk Selangor dan Fiona Chong sebagai pemenang kedua. Ratu Kuala Lumpur pula dimenangi oleh Linda Jane Louis dan Nicole Tan sebagai pemenang kedua. Keempat-empat mereka layak bertanding di peringkat kebangsaan.

Negeri Sembilan pula telah memilih Sunitha Abdul Rahman sebagai wakil mereka. Pemenangtempat kedua iaitu Kitty Ang juga layak ke peringkat kebangsaan. Sunitha memenangi wang tunai RM5000 beserta pelbagai hadiah lain sumbangan pihak penaja. Acara yang diadakan di Allson Klana Resort ini dihadiri olel kira-kira empat ratus tetamu.

Peringkat negeri Perak pula telah diadakan di Hotel Syuen, Ipoh. Zalrabiatul Adawiyah seorang pelajar berusia 20 tahun memenangi acara itu. Beliau bersama-sama pemenang kedua iaitu Rita Thong melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 15 September 1996 di Hotel Legends. Pulau Pinang pula telah memilih Bibie Khong, 20 tahun, dan Christine Ooi, 22 tahun, sebagai wakil mereka. Lain-lain peserta yang terlibat untuk acara akhir tahun ini ialah Daiana Khairuddin, 19 tahun dan Selena Khalil, 19 tahun mewakili Johor, Siti Rohaida Bali, 25 tahun, dan Julia Thompson, 19 tahun, mewakili Sarawak, Maria Julius, 21 tahun dan Karen Wong, 24 tahun, mewakili Sabah, Wendy Leong, 18 tahun, mewakili Kedah, Joey Wah, 19 tahun, mewakili Melaka dan Law Shiau Pyng, 20 tahun serta Pamela Lim, 23 tahun, mewakili Pahang.

Sebelum acara akhir bermula, mereka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti antaranya ialah melawat pusat-pusat kebajikan kanak-kanak. Mereka dibawa melawat Pusat Autisma Kebangsaan dan di sana mereka bersama-sama Nin Jiom telah mendermakan sebanyak RM50,000 wang tunai. Mereka juga melawat Pure Life Society dan bersama pihak penaja, mereka mendermakan wang tunai RM4000. Sebanyak RM3000 pula didermakan kepada Pusat Spastik KL/Selangor semasa lawatan mereka ke sana.

Pertandingan memilih gelaran sampingan Miss Polignac Physique dan Miss Polignac Elegant pula telah diadakan di Kelab Golf Negara. Dalam pertandingan tersebut, Kitty Ang yang mewakili N. Sembilan dipilih sebagai pemenang Miss Polignac Elegant manakala Linda Jane Loius dipilih sebagai Miss Polignac Physique. Mereka berdua memenangi wang tunai RM500, selempang, trofi serta sebotol Polignac X.O. Dalam acara berasingan, Siti Rohaida Bali yang mewakili Sarawak pula memenangi gelaran “Best In Traditional Costume”. Wendy Leong diundi oleh peserta lain sebagai Miss Friendship manakala Miss Kose pula diraih oleh Fiona Chong
Pertandingan akhir kali ini menyaksikan para peserta bertandingan dalam pakaian kebangsaan, pakaian renang dan gaun petang serta sesi soal jawab. Pakaian kebangsaan yang digunakan mereka merupakan pakaian tradisi negeri masing-masing. Mereka juga beraksi dalam pakaian kasual dan kebaya moden

Gelaran utama iaitu Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1996 jatuh kepada wakil Selangor iaitu Qu-An How Cheok Kuan. Beliau yang berketinggian 5 kaki 10 inci ini juga memenangi gelaran sampingan lain iaitu Miss Joico Crowning Glory. Beliau menerima wang tunai RM50,000 sumbangan Nin Jiom, trofi, tiara, selempang, produk Nin Jiom dan baucer tunai bernilai lebih RM1200, produk Polignac bernilai RM300, barangan Eve Mode Couture, produk penjagaan rambut Joico bernilai RM500, tambahan RM1000 tunai kerana memenangi Miss Joico, set kosmetik Kose bernilai RM1000, set pakaian untuk pertandingan peringkat antarabangsa daripada Bill Keith, khidmat dandanan dan rawatan rambut percuma daripada Hair Master, baucer makan malam di Bombay Palace, penginapan empat hari tiga malam di Hotel Park Royal Pulau Pinang, tiket penerbangan beserta penginapan di Bangalore, India dan hak mewakili negara di pertandingan Miss World 1996 di situ.

Tempat kedua diraih oleh wakil Pulau Pinang iaitu Christine Ooi Chin Ting. Beliau memenangi RM5000 tunai, selempang, trofi, produk Nin Jiom serta baucer tunai, Polignac Top bernilai RM160, hamper Joico bernilai RM300, set kosmetik Kose bernilai RM500, khidmat rawatan dan dandanan rambut sembilan bulan percuma daripada Hair Master, baucer makan malam di Bombay Palace Kuala Lumpur serta pelbagai hadiah sumbangan pihak penaja lain berjumlah RM5000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Law Shiau Pyng. Beliau memenangi wang tunai RM2000, selempang, trofi, hamper Joico bernilai RM200, produk dan baucer tunai Nin Jiom, Polignac VSOP bernilai RM110, kosmetik Kose bernilai RM300 serta pelbagai hadiah lain berjumlah RM4000.
Peserta pilihan ramai iaitu Linda Jane Loius pula menduduki tempat keempat dan beliau memenangi wang tunai RM1000, selempang, trofi, produk dan baucer tunai Nin Jiom, hamper Joico, PolignacVSOP bernilai RM110, set kosmetik Kose bernilai RM300, produk Eve Mode Couture serta pelbagai barangan pihak penaja yang lain berjumlah RM3500. Kesemua pemenang di atas juga memenangi hadiah percutian yang disumbangkan oleh Hotel Park Royal Pulau Pinang.

Acara ini dihoskan oleh deejay radio terkenal iaitu Patrick Teoh manakala Christine Lim, Ratu Malaysia/Dunia 1977 dan Puan Sri Zulaikha iaitu isteri Tan Sri Musa Hitam merupakan salah seorang juri pertandingan. Yen, Edward Ho dan Carven Ong bertindak menyediakan pakaian kasual peserta. Dato’ Sabaruddin Chik, Menteri Pelancongan adalah tetamu kehormat majlis manakala penyanyi terkenal Elaine Kang menghiburkan tetamu pada malam tersebut. Ratu tahun lalu iaitu Trincy Low hadir untuk memahkotakan ratu yang baru.

No comments:

Post a Comment