Ulasan Ringkas Pertandingan Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1987.
Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1987.
Seramai empat belas peserta akhir dipilih untuk acara tahun ini. Acara kali ini kembali diadakan di Dewan Rampaisari, Hotel Merlin, Subang dan dianjurkan oleh Qualitim Sdn. Bhd. Gelaran ratu tahun ini jatuh kepada seorang model sambilan dan juga penari Barata Natyam berusia 22 tahun dan berketinggian 5 kaki 6 inci iaitu Sheila Shankar. Beliau memenangi wang tunai RM6000, alat solek dan keahlian kelab Bell Kanebo selama setahun, gaun petang sumbangan Fair Lady, kursus kecantikan oleh Dewi Ayu Cosmetic International, selempang, dandanan rambut percuma daripada Michael Ling, tiket penerbangan pergi balik ke Malta dan London beserta penginapan selama dua minggu untuk menyertai Miss World 1987 di Royal Albert Hall.
Tempat kedua jatuh kepada Maljeet Kaur, 21 tahun manakala tempat ketiga dimenangi oleh setiausaha berusia 20 tahun iaitu Catherine Lai. Tempat keempat dimenangi oleh Cindy Leong, 21 tahun. Maljeet memenangi wang tunai RM2000 dan peluang mewakili negara ke pertandingan Miss International di Tokyo, Jepun beserta tiket dan penginapan disediakan manakala Catherine memenangi RM1000 dan Cindy RM500. Mereka juga memenangi alat kosmetik Kanebo dan keahlian Kelab Bell selama enam bulan, gaun petang oleh Fair Lady, dandanan rambut percuma oleh Michael Ling, selempang, trofi, kursus kecantikan oleh Dewi Ayu International serta pelbagai hadiah pihak penaja yang lain.
Walau bagaimanapun, pertandingan ini lebih didominasi oleh insiden melibatkan ratu dan penganjur pertandingan pada tahun lepas yang masih belum selesai sepenuhnya pada masa itu. Hanya selepas campur tangan pengerusi acara iaitu Tan, Sri V. Jeyaratnam, barulah Joan Cardoza naik ke pentas memahkotakan ratu yang baru. Tan Sri V. Jeyaratnam berjanji kepada Joan bahawa penganjur tahun lalu akan menunaikan janji mereka dengan memberi hadiah yang masih tertunggak.
Dalam pertandingan akhir itu, para peserta beraksi dalam pakaian tradisional dan seterusnya gaun petang serta sesi soal jawab bagi menentukan para pemenang. Sheila memakai kebaya songket berwarna hijau serta mengenakan gaun malam berwarna biru pekat ditaburi batu berkilauan di bahagian dada.

Ulasan Pertandingan Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1988.
Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1988.
Tahun ini bermula era baru apabila penganjur, MMW Qualitim Sdn. Bhd. mewujudkan semula pertandingan peringkat negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Pertandingan-pertandingan peringkat negeri dijadualkan berlangsung antara April dan Jun. Sebagai contoh, pemilihan peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung pada 3 April 1988 di Hotel Merlin Subang. Pemenang peringkat negeri memenangi wang tunai RM2000, RM1000 untuk tempat kedua, RM700 untuk pemenang ketiga dan RM500 untuk pemenang keempat. Hadiah tunai ini adalah sama untuk semua negeri yang lain.
Pertandingan kali ini menyaksikan National Panasonic Technic menjadi penaja utama manakala penaja bersama yang lain adalah Polignac X.O. Royal, Kao, Kanebo, Thomas & Guys dan New Tide. Pemenang utama akan memerima wang tunai RM10,000, RM3000 untuk tempat kedua, RM2000 untuk tempat ketiga manakala RM1000 untuk tempat eempat. Pemenang utama juga akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1988 di Royal Albert Hall pada 17 November 1988 beserta tiket penerbangan pergi balik percuma dan penginapan disediakan selama dua minggu.
Hasil kutipan tiket tahun ini akan disumbang kan kepada Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh, The Apex Club Penang, Lions Club Kota Kinabalu dan juga Pusat Kanak-kanak Spastik Petaling Jaya. Pihak Matsushita terdahulu menyumbangkan wang tunai sebanyak RM150,000 kepada Yayasan Sultan Idris Shah.
Seramai empat belas peserta akhir telah dipilih untuk peringkat kebangsaan. Mereka akan bertanding di dewan utama Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 14 September 1988. Mereka yang mengambil bahagian ialah, Tahnee Foo*, 20 tahun dan Veronica Allison Schokman, 24 tahun, (Wilayah/Selangor), Audra Heather Fernandez* (Melaka), Lilian Keh, 21 tahun dan Stephanie Yeoh*, 18 tahun, (Pulau Pinang), Nah Ai Cheng*, 22 tahun, tinggi 161cm, (Kedah), Sue Wong*, 18 tahun, (Pahang), Tessa Marie Loh* (Johor), Jacqueline Tan* dan Suzanna Ling (Sarawak), Didi Liu* (Sabah), Riguan Rashid*, 23 tahun, tinggi 166cm dan Belinda Lawson, 17 tahun (Perak) serta Yvonne Liew*, 21 tahun, tinggi 168cm, (N. Sembilan). *pemenang peringkat negeri.
Pada acara akhir itu, Sue Wong yang mewakili Pahang telah dinobatkan sebagai Ratu Malaysia/Dunia 1988. Beliau yang mempunyia ketinggian 5 kaki 7 inci mengalahkan wakil Sabah iaitu Didi Liu di tempat kedua manakala Veronica Schokman memenangi tempat ketiga dan Riguan Rashid memenangi tempat keempat.
Veronica Shockman juga memenangi gelaran Miss Personality manakala Jacqueline Tan yang mewakili Sarawak memenangi gelaran Miss Crowning Glory dan hadiah tunai RM1000 yang ditaja oleh Kao Trading. Miss Modern New Tide pula dimenangi oleh Yvonne Liew yang mewakili N. Sembilan. Selain menerima trofi gelaran serta hadiah penaja, gelaran sampingan ini memberikan tiket penerbangan ke Hong Kong. Ratu pakaian kebangsaan pula dimenangi oleh Sue Wong.
Walaupun amat jelas Sue Wong tidak mempunyai skill bertutur yang baik pada malam itu ditambah pula beliau tidak fasih berbahasa Inggeris, namun pihak juri berpendapat beliau adalah yang terbaik kerana mempunyai fizikal dan raut muka yang sesuai untuk pertandingan peringkat antarabangsa. Juri pertandingan pada malam itu ialah Datin Josephine Lena Fonseka (Penolong Pengarah Jualan Kosmetik Kanebo), Goh Tiau Eng (Regional Director Polignac), Thomas Wan (Thomas&Guys), Lee Wee Kheng (Pengurus Jualan Matsushita Sales&Service), Tripat Narayan (bekas pensyarah), YM Tunku Arishah, Judy Cheah (Travel Sight), S. K. Chan (Naib Pengerusi Eksekutif Metroplex Bhd), Toh Puan Datin Hjh Aishah Ong, Steven Tan (The Star), Abdul Hamid Mohamed (TV3) dan Hideki Motozaki (Kanebo).
Suka juga disebutkan di sini selain memenangi wang tunai, para pemenang juga memenangi barangan eletrik sumbangan Matsushita Sales & Service, dandanan rambut percuma dari Thomas & Guys, set kosmetik Kanebo beserta keahlian Kelab Bell Kanebo, Kursus Kecantikan, selempang, trofi, produk Kao Trading, jam tangan Alex Alexis serta pelbagai hadiah lain oleh pihak penaja. Dalam Pertandingan ini juga, mereka bertanding dalam pusingan pakaian kebangsaan, gaun petang dan juga sesi soal jawab. Pusingan pakaian mandi tidak diadakan bagi menghormati budaya dan sensitivity masyarakat Malaysia.
Untuk bertanding di peringkat antarabangsa, Sue Wong akan memakai pakaian ‘Menora’ negeri Kelantan tajaan Mazlan Juju manakala kebaya moden beliau akan ditaja oleh Trudy (Sunday Fashion House). Gaun malam untuk malam gala pula ditaja oleh pereka fesyen Singapura iaitu Pyrrha Lo. Sue Wong juga berhasrat membawa barangan pewter, skaf batik dan pelbagai alat perhiasan berasaskan perak dari Kelantan ke London untuk diberikan kepada peserta antarabangsa sebagai cara memperkenalkan Malaysia di sana nanti.