Ann Fiona Ratu Cantik 1Malaysia 2010. Contest Result and Photo.

*taken from utusan malaysia online.



PUTRAJAYA 23 Mei - Gadis berketurunan Bidayuh dan Iban dari Sarawak, Ann Fiona Philips, 25, dinobatkan sebagai juara Ratu Cantik 1Malaysia 2010 dalam pertandingan akhir 1Malaysia Miss Beauty Queen Pageant (MBQP) 2010 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini malam tadi.
Ann Fiona yang merupakan seorang jururawat berjaya mengetepikan 13 peserta peringkat akhir dari seluruh negara sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, tiara bernilai RM829,375 dan busana.
Dengan kemenangan itu, Ann Fiona akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Beauty World Pageant 2010 di Venezuela.
Naib Juara pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Nor Rodiahtul Adawiah Md. Latid, 24, manakala tempat ketiga, Aimi Zanura Mohd. Zafrullah, 23, dari Kelantan.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 selain tiara dan busana.
Pertandingan ratu cantik yang berkonsepkan 1Malaysia itu dianjurkan oleh MBQ World Sdn. Bhd.
Hadiah disampaikan oleh Presiden MBQ World, Datuk Molly Malakias Yoshioka.
Program tersebut menampilkan kelainan berbanding kebiasaan pertandingan ratu cantik apabila para peserta tidak dikehendaki memperagakan bikini sebaliknya mengenakan busana yang sopan selain terdapat peserta yang bertudung.

No comments:

Post a Comment