Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1991
Selepas tiada pertandingan diadakan pada 1990, tahun ini acara ini kembali dianjurkan oleh MMW Qualitim Sdn. Bhd. dan Naga DDb Needham Dik Sdn. Bhd Pertandingan kali ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM6000 kepada pemenang pertama, RM3000 kepada pemenang kedua, RM2000 dan RM1000 kepada pemenang tempat ketiga dan keempat. Penaja utama pertandingan kali ini adalah Polignac X.O. Royal manakala Fuji Film, Kanebo Cosmetics, Thomas & Guys dan National Panasonic Technic adalah penaja bersama pertandingan.
Seramai tiga belas peserta mengambil bahagian kali ini. Mereka adalah Rachel Lew, 24 tahun, Tonia Wee, 19 tahun (Sarawak), Allize Chung, 18 tahun, Chia Yoh Sang, 22 tahun, Shirley You, 20 tahun, Samantha Schubert, 22 tahun, Haznina Jureen, 20 tahun, Bee Bee Suraya, 22 tahun, Kau Sin Mun, 17 tahun, Angie tang, 22 tahun, Suji Thomas, 22 tahun, Noel Guang, 20 tahun dan Elvina Kia, 19 tahun.
Pada pertandingan akhir yang diadakan di Hotel Concorde ini, mereka bertanding dalam pusingan pakaian kebangsaan, gaun petang dan sesi soal jawab. Gelaran Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1991 dimenangi oleh Samantha Schubert dari Kuala Lumpur. Beliau yang berketinggian 165cm ini juga memenangi gelaran sampingan Miss elegant menewaskan Tonia Wee dari Sarawak di tempat kedua. Beliau juga memenangi anugerah pakaian kebangsaan terbaik. Haznina Juren yang mewakili Selangor menduduki tempat ketiga manakala Suji Thomas dari Sabah memenangi tempat keempat. Gelaran Ratu Fotogenik pula dimenangi oleh Shirleen You.
Selain hadiah tunai, Samantha juga memenangi barangan elektrik sumbangan National Panasonic Technic, khidmat dandanan dan dandanan rambut percuma daripada Thomas & Guys, set kosmetik Kanebo, selempang, trofi, set pakaian, tiket penerbangan pergi balik ke London beserta penginapan selama hamper sebulan dan hak mewakili negara ke pertandingan Miss World 1991 yang dijadualkan pada 28 Disember di Royal Albert Hall.
Pertandingan peringkat antarabangsa pada asalnya diadakan di Puerto Rico tetapi telah diubah ke London atas sebab keselamatan dan masalah logistic. Pemenang kedua hingga keempat juga memenangi hadiah daripada National Panasonic Technic, set kosmetik Kanebo, dandanan dan rawatan rambut oleh Thomas & Guys serta trofi.
Pertandingan kali ini berjaya mengumpulkan RM7000 untuk didermakan kepada Persatuan Kanak-Kanak Terbiar danMangsa Dera (SCAN). Para peserta juga telah dibawa melawat AuYin Resort Melaka, Pusat Kanak-Kanak Spastik Selangor di Petaling Jaya dan Wad Pediatrik di Hospital Besar Kuala Lumpur sebelum pertandingan akhir. Mereka juga telah dibawa melawat premis-premis pihak penaja seperti Kanebo dan Thomas & Guys.
Secara Keseluruhan, pertandingan kali ini dibuat secara sederhana. Penganjur walau bagaimamapun kelihatan gagal dalam aspek mengawal kemasukan para tetamu dan kekeliruan yang timbul menyebabkan ada para tetamu tersilap tempat duduk. Para wartawan pula tidak diberikan tempat duduk yang cukup manakala pemilihan lagu yang tidak tepat untuk pusingan pakaian kebangsaan serba sedikit mencacatkan majlis.
Bekas Ratu Malaysia/Universe 1970, Datin Josephine Lena Wong pula merupakan salah seorang juri disamping Elaine Kang dan juga Pengarah Urusan akhbar The Star, Steven Tan. Tetamu kehormat pertandingan adalah seperti Dato’ Sabaruddin Chik (Menteri Pelancongan) dan Pengerusi Pertandingan iaitu Tan Sri V. Jeyaratnam. Vivian Chen (Ratu Malaysia/Dunia 1989) juga hadir untuk memahkotakan ratu yang baru).
No comments:
Post a Comment