Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1989.
Pertandingan tahun ini dianjurkan oleh MMW Qualitim Sdn. Bhd manakala Kanebo Cosmetics merupakan penaja utama pertandingan. Acara tahun ini menawarkan wang tunai RM6000 kepada pemenang pertama, RM2000 untuk pemenang kedua, RM1000 untuk pemenang ketiga dan RM750 untuk pemenang keempat. Pertandingan peringkat negeri yang juga dibawah seliaan MMW Qualitim menawarkan wang tunai RM1500 untuk pemenang pertama, RM1000 dan RM700 untuk pemenang tempat kedua serta ketiga.
Seramai empat belas peserta akhir yang mewakili negeri masing-masing bertanding untuk cara tahun ini. Mereka adalah Monica Lee, 22 tahun, Jacqueline Cubinar, 20 tahun, Mary Ng, 22 tahun, Jessica Yong, 19 tahun, Noor Azlina Abd Jalil, 17 tahun, Olivia See, Thum Pei Ling, 21 tahun, Cecilia Kok, 20 tahun, Tengku Roslinda, 19 tahun, Vivian Chen, 24 tahun, Mary Teo, 18 tahun, May Fong, 18 tahun, Lena Tan, 19 tahun dan Raha V.V. Aboo, 18 tahun.
Mereka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti Jogathon di Padang Merbok untuk mengutip derma bagi Pusat Kanak-Kanak Terniaya (Child Abuse Centre) dan Yayasan Sultan Abdul Aziz Shah, Ipohdan pertunjukan fesyen Apex di Kelab Eksekutif, Kompleks Berkley, Klang. Pemilihan Ratu Pakaian Tradisional pula diadakan pada 18 September 1989 manakala pemilihan Ratu Cantik Malaysia adalah pada 19 September di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Pemenang Ratu Pakaian Tradisional ialah May Fong Fooi Mei, berusia 18 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Seramai dua belas juri mengadili acara ini. Untuk gelaran sampingan ini, beliau memenangi set kosmetik Kanebo bernilai RM1000, khidmat rawatan muka pecuma selama setahun dan keahlian seumur hidup Kelab Bell Kanebo tajaan Kanebo Cosmetics.
Gelaran Ratu Malaysia/Dunia 1989 pula dimenangi oleh Vivian Che Shee Yee, gadis Sarawak berusia 24 tahun. Selain memenangi wang tunai, beliau juga memenangi set kosmetik Kanebo bernilai RM1000, khidmat rawatan muka percuma selama setahun dan keahlian Kelab Bell seumur hidup tajaan Kanebo, dandanan rambut percuma selama setahun tajaan Thomas & Guys, selempang, trofi, gambar portfolio tajaan Norman Photography, set pakaian pertandingan untuk digunakan di pertandingan Miss World 1989, mewakili negara ke pertandingan Miss World 1989, tiket penerbangan pergi dan balik ke Taiwan dan London beserta penginapan selama empat minggu.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tengku Roslinda yang mewakili Selangor. Beliau memenangi dandanan rambut percuma oleh Thomas & Guys, rawatan muka percuma oleh kanebo selama enam bulan, set kosmetik Kanebo bernilai RM800, trofi serta pelbagai hadiah oleh pihak penaja manakala Thum Pei Ling yang mewakili Pulau Pinang pula memenanagi tempat ketiga. Lena Tan Chui Lin pula memenangi tempat keempat. Ratu Personaliti pula dimenangi oleh Cecilia Kok.
Sue Wong, Ratu Malaysia tahun lalu hadir untuk memahkotakan ratu yang baru. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Jacqueline Ang, Ratu Cantik Singapura/Dunia. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pertandingan dibahagikan kepada tiga pusingan iaitu pusingan pakaian kebangsaan, gaun petang dan pemenang ditentukan melalui sesi soal jawab.
No comments:
Post a Comment