Ulasan Ringkas Pertandingan Miss Malaysia World 1999.

Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1999

Pertandingan kali ini diadakan pertama kalinya di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 23 Ogos. Nin Jiom merupakan penaja utama pertandingan manakalan Polignac adalah penaja rasmi pertandingan. Terdapat empat gadis Sabah daripada keseluruhan sembilan belas peserta menyertai pertandingan kali ini. Mereka ialah pemenang Ratu Sabah Easter Nong, 23 tahun dan pemenang kedua serta ketiga iaitu Karin Marissa Manjaji, 21 tahun dan Carmen Thien, 21 tahun, manakala Alviera Joe, 19 tahun, mewakili Negeri Sembilan.

Gelaran Ratu Cantik Malaysia kali ini jatuh kepada pelajar jurusan ekonomi Universiti Pertanian Malaysia berusia 24 tahun iaitu Jaclyn Lee Tze Wei. Beliau berasal dari Sungai Petani tetapi mewakili Selangor. Dengan ketinggian 180cm, beliau adalah peserta paling tinggi dalam acara tahun ini. Beliau memenangi wang tunai RM50,000, selempang dan trofi, produk dan baucer sumbangan Nin Jiom, hamper dari Polignac, set kosmetik sumbangna Kose bernilai RM1000, produk Colgate Palmolive, Knicker Box, khidmat dandanan dan rawatan rambut percuma tajaan Hair Master, tiket penerbangan pergi balik beserta penginapan di London sekaligus mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 1999 di sana.

Tempat kedua dimenangi oleh model terkenal berusia 22 tahun iaitu Elaine Daly. Beliau menerima wang tunai RM5000, selempang, trofi, set kosmetik Kose, khidmat dandanan rambut oleh Hair Master, Knickerbox, barangan dan baucer tunai Nin Jiom, Polignac, barangan Colgate Palmolive serta pelbagai hadiah lain. Beliau juga memenangi gelaran sampingan iaitu Miss Congeniality.

Tempat ketiga dan wang tunai RM2000 dimenangi oleh Kiran Melissa Velayutham, 19 tahun. Beliau yang mewakili Melaka juga memenangi gelaran sampingan Nin Jiom Miss Friendship dan menerima hadiah hamper barangan dari Nin Jiom. Wakil dari Perak berusia 24 tahun iaitu Wendy Quek memenangi tempat keempat.Hadiah tempat keempat ialah wang tunai RM1000, selempang dan trofi, khidmat dandanan rambut oleh Hair Master, barangan Colgate Palmolive, knickerbox, alat solek Kose, Polignac serta pelbagai barangan lain sumbangan pihak penaja.

Di dalam pertandingan akhir itu, para peserta beraksi dalam pakain renang, kebaya nyonya moden serta gaun petang. Lapan peserta dipilih memasuki peringkat akhir dan sesi soal jawab. Menurut satu sumber, Jaclyn meninggalkan pemenang kedua dengan perbezaan 50 mata.Jaclyn mendapat galakan rakan-rakan terutama Irene Soong, seorang personality TV terkenal untuk memasuki pertandingan ini. Beliau hanya menghantar borang pertandingan hanya dua minggu sebelum tarikh tutup penyertaan. Beliau menerima tambahan wang tunai dan produk Colgate Palmolive bernilai RM2000 kerana memenangi Miss Palmolive, satu gelaran sampingan pertandingan. Ratu tahun lalu iaitu Lina Teoh yang berjaya menduduki tempat ketiga Miss World, hadir memahkotakan ratu yang baru.

No comments:

Post a Comment