Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1997
Pertandingan tahun ini diadakan pada 13 September 1997 di Hotel Legend Kuala Lumpur. Dalam pada itu, beberapa pertandingan telah dijalankan sekitar bulan Mei hinggu hujung Jun. Pertandingan peringkat negeri Sembilan telah dimenangi oleh Vinea Chong, seorang pelajar kolej Tafe manakala Heather Si pula memenangi tempat kedua. Pertandingan di Melaka menyaksikan gadis berusia 21 tahun, Priscilla Wong, memenangi gelaran Ratu Melaka manakala Emily Chew pula meraih tempat kedua.
Gabungan acara Ratu P. Pinang/Kedah pula menyaksikan Wendy Nyum memenangi gelaran Ratu Pulau Pinang. Beliau akan diiringi oleh dua lagi pemenang iaitu Lina Tan dan Cheah Lee Cheng ke pertandingan peringkat kebangsaan. Ratu Selangor/Kuala Lumpur dimenangi oleh Laviana Tan dan Arianna Teoh. Mereka juga akan diiringi oleh pemenang kedua dan ketiga kawasan masing-masing ke peringkat nasional iaitu Joyce Lee dan Lavin Seow. Manakala Ratu Cantik Sarawak pula dimenangi oleh Cinthy Yii, 24 tahun.
Dua puluh peserta akhir bertanding untuk gelaran utama. Mereka beraksi dalam pakaian kasual, pakaian renang, gaun petang. Lapan peserta akhir dipilih untuk memasuki sesi soal jawab dan seterusnya para pemenang ditentukan melalui sesi tersebut. Bagi menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia, para peserta memakai skaf di sekitar pinggang supaya pakaian renang yang dipakai tidak kelihatan terlalu seksi.
Gelaran Ratu Malaysia/Dunia kali ini dimenangi oleh seorang model/pengacara terkenal, Arianna Teoh. Berusia 24 tahun, beliau berjaya mengalahkan wakil Selangor iaitu Laviana Tan, 25 tahun di tempat kedua manakala Priscilla Wong dari Melaka dan Cinthy Yii dari Sarawak menduduki tempat ketiga dan keempat.
Arianna memenangi wang tunai RM50,000, set kosmetik Kose bernilai RM1000, selempang, trofi, barangan tajaan Nin Jiom dan Polignac dan Hair Master, minyak wangi jenama Remy Martin, baucer tunai Isetan dan Nin Jiom bernilai RM1000 dan RM1200,dandanan dan rawatan rambut percuma tajaan Sebastian Hair Care selama setahun, set pakaian lengkap untuk bertanding di peringkat antarabangsa tajaan Victor Goh, pakej penginapan percuma sumbangan Hotel Legend, tiket penerbangan pergi dan balik tajaan Peter Stuyvesant Travel beserta penginapan di Kepulauan Seychelles sekali gus mewakili negara ke pertandingan Miss World 1997 di sana. Arianna juga memenangi gelaran sampingan Miss Legend dan menerima baucer makanan di situ bernilai RM200.
Lavinia pula memenangi wang tunai RM5000, selempang, trofi, set kosmetik Kose bernilai RM500, baucer tunai Isetan dan Nin Jiom bernilai RM500 dan RM1000 serta pelbagai barangan pihak penaja. Beliau juga menerima khidmat rawatan dan dandanan rambut selama enam bulan percuma tajaan Sebastian Hair Care, minyak wangi Remy Martin. Beliau juga memenangi khidmat dandanan rambut percuma selama setahun kerana memenangi Miss Hair Master Crowning Glory. Pakej hadiah beliau bernilai RM6000.
Priscilla Wong memenangi RM2000 dan hadiah sumbangan pihak penaja seperti Polignac, Nin Jiom, Hair Master termasuklah dandanan dan rawatan rambut percuma oleh Sebastian Hair Care selama tiga bulan, set kosmetik Kose bernilai RM300, baucer tunai Isetan dan Nin Jiom berjumlah RM1300 dan minyak wangi Remy Martin . Selain itu, beliau juga memenangi Miss Kose, gelaran sampingan yang memberikan beliau set kosmetik Kose bernilai RM500 sebagai hadiah. Cinthy Yii pula memenangi RM1000 tunai, produk serta baucer tunai Nin Jiom dan Polignac, baucer tunai Isetan, set kosmetik Kose serta khidmat dandanan dan rawatan rambut oleh Hair Master. Lavin Seow yang mewakili Kuala Lumpur pula memenangi gelaran Miss Friendship
Tahun ini merupakan tahun kedua Orson Wong menjadi penganjur pertandingan manakala Nin Jiom adalah penaja utama manakala Polignac merupakan penaja rasmi pertandingan. Sejumlah wang melalui kutipan tiket didermakan kepada tabung Kiwanis Down Syndrom. Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Dato’ Dr. Fong Chan Ong danisteri merupakan tetamu kehormatpertandingan. Ratu tahun lalu Qu-Qn How Cheok Kuan hadir memahkotakan pemenang yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment